awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Kemenangan tambah kesedaran untuk BN bina kecemerlangan

Bernama
Bernama
13/03/2022
20:00 MYT
PRN Johor: Kemenangan tambah kesedaran untuk BN bina kecemerlangan
Zambry Abd Kadir berkata parti itu juga akan terus melakukan proses perekayasaan politik bagi melaksanakan agenda kestabilan dan kemakmuran negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menambahkan kesedaran parti untuk terus tawaduk dan bermuhasabah menilai setiap pencapaian dalam kerangka membetulkan kelemahan serta membina kecemerlangan.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata parti itu juga akan terus melakukan proses perekayasaan politik bagi melaksanakan agenda kestabilan dan kemakmuran negara.
"BN menzahirkan kesyukuran atas kemenangan dalam PRN Johor dengan pencapaian 40 kerusi dan seterusnya membentuk majoriti dua pertiga," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
PRN Johor menyaksikan BN menang di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi, Pakatan Harapan (11 kerusi) dan masing-masing satu kerusi bagi PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Zambry berkata pucuk pimpinan parti termasuk barisan Dewan Tertinggi BN serta pengerusi-pengerusi negeri mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat untuk membina politik kestabilan yang dibawa parti itu.
Dewan Tertinggi BN turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, barisan Kabinet, jentera daripada kalangan parti-parti komponen serta semua yang terlibat atas komitmen sepanjang tempoh pilihan raya, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Barisan Nasional
#Zambry Abdul Kadir
#kemenangan BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan