awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Kempen #JohorNgundi tawar pengangkutan percuma pulang mengundi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/01/2022
14:08 MYT
PRN Johor: Kempen #JohorNgundi tawar pengangkutan percuma pulang mengundi
Aidi berkata kepulangan pengundi terutama golongan muda menjadi keutamaan apatah lagi PRN Johor merupakan kali pertama Undi18 berkuat kuasa. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kempen #JohorNgundi sedang digerakkan bagi menggalakkan pengundi Johor yang berada di luar negeri pulang pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, dengan menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma.
Ini bagi memberi kemudahan kepada ramai pengundi di luar Johor terutama golongan belia yang mungkin keberatan untuk pulang kerana masalah kewangan.
Menurut Jurucakap Rasmi Sekretariat Pulang Undi Johor, Aidi Zuhaili, perkara itu menjadi keutamaan apatah lagi PRN Johor merupakan kali pertama Undi18 berkuat kuasa.
"Kami tiada apa-apa dana, kami bukan sesiapa yang penting, tetapi kami akan cuba sedaya upaya usaha mengumpul dana bagi membolehkan kempen ini berjaya dan dapat mengangkat suara anak muda.
"Diharapkan kempen ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya suara anak muda dalam PRN Johor kali ini,” katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini.
Justeru, Aidi memohon sumbangan orang ramai bagi menjalankan kempen tersebut untuk membolehkan lebih ramai pengundi pulang ke Johor dan melaksanakan tanggungjawab mereka.
Setakat ini, pihak mereka mendapat kerjasama dan sokongan 15 kumpulan pelajar dan NGO bagi membantu mereka menyelaraskan rancangan tersebut.
Sabtu lepas, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad memohon pembubaran DUN bagi membuka laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat pada 9 Feb ini untuk memutuskan hari penamaan calon dan pengundian.
Sementara itu, Aidi berkata, sumbangan boleh disalurkan ke Pertubuhan Pembangunan Intelektual Malaysia (5644 9045 2956 - Maybank) dan orang ramai juga boleh menggunakan tanda pagar ‘JohorNgundi’ di laman sosial untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#JohorNgundi
#PRN Johor
#Belia
#mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan