awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada lambakan durian di Perak, permintaan sentiasa tinggi - FAMA
AKPS tolak kemasukan sembilan warga asing di ICQS Bukit Kayu Hitam
Amaran siklon tropika dikeluarkan untuk timur laut Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Onn Hafiz nafi BN rakus

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2022
09:34 MYT
PRN Johor: Onn Hafiz nafi BN rakus
Onn Hafiz berkata, pengundi muda dulu mungkin lebih mudah termakan janji-janji yang dibuat pemimpin pembangkang, namun sekarang keadaan sebaliknya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO Simpang Renggam menolak dakwaan pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) rakus susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.
Sebaliknya, Naib Ketua Bahagiannya, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, keputusan itu dibuat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad selepas menasihatkan Sultan Johor kerana mahukan kestabilan rakyat yang pada ketika itu mempunyai majoriti tipis.
"Yang mereka momokkan di luar mengatakan kita rakus dan sebagainya sebenarnya hanya retorik.
"Dia (pembangkang) kata tidak akan mengganggu-gugat kestabilan politik negeri Johor tapi hakikatnya dalam sidang DUN dia buat kerja lain dan keadaan menjadi getir apabila Datuk Osman Sapian meninggal dunia baru-baru ini.
"Kita perlukan mandat dari rakyat dengan mengadakan pilihan raya agar rakyat mendapat kerajaan yang stabil. Banyak lagi kerja yang nak dibuat sedangkan sebenarnya keadaan sangat tidak stabil dalam sidang DUN,” katanya ketika siaran langsung di Facebook anjuran Press Johor di sini, pada Isnin.
Diskusi itu turut disertai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai panel dengan moderator Shahrol Shiro.
Dalam masa yang sama, Onn Hafiz menekankan bahawa pemikiran anak-anak muda Johor sekarang dengan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah berbeza.
Menurutnya, pengundi muda dulu mungkin lebih mudah termakan janji-janji yang dibuat pemimpin pembangkang, namun sekarang keadaan sebaliknya.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Hasni Mohammad
#Sultan Johor
#PRN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan