KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin tertinggi komponen parti Barisan Nasional (BN) mengingatkan bahawa kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah amanah yang perlu dipikul sebaiknya.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam hantaran di Facebooknya malam tadi berkata calon BN yang memenangi PRN itu perlu memikul amanah yang diberikan dengan ikhlas, jujur dan bersungguh-sungguh demi kepentingan rakyat Johor.
"Kepada semua calon BN yang telah menang, amanah rakyat Johor kini di atas bahu masing-masing. Ini bukan masa bersuka ria. Buktikan #KestabilanMasaDepan yang kita laungkan sepanjang kempen bukan omong kosong," katanya yang turut berterima kasih kepada rakyat Johor yang memilih BN.
"Jadikan politik amal dan bakti yang YAB Datuk Hasni (Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad) tekankan sebagai asasnya," kata Menteri Kanan Pertahanan itu.
PRN Johor semalam menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi, manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi.
Sementara itu Pengerusi Wanita BN yang juga Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata BN akan membalas kemenangan majoriti dua pertiga itu dengan kepimpinan yang akan menjamin Johor sebagai sebuah negeri yang terbilang.
Menteri Pengajian Tinggi itu turut menzahirkan penghargaan kepada pengundi yang meyakini calon wanita BN sehingga memenangi PRN kali ini.
"Harapan kita untuk memberi kestabilan masa depan kepada Johor akhirnya menjadi kenyataan. Tahniah kepada semua jentera Barisan Nasional yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen di PRN Johor," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata BN akan mengotakan janji untuk membina kerajaan yang kukuh demi kestabilan dan kemakmuran masa depan negeri Johor.
Menerusi hantarannya di Facebook, beliau berterima kasih kepada rakyat Johor atas sokongan dan keyakinan mereka memberi mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022

PRN Johor semalam menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan. - Foto Astro AWANI

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

MAHB bersedia mengukuhkan rangkaian, sambungan di Routes Asia 2025
Syarikat itu mahu melibatkan diri dalam rangkaian yang berharga, mendapatkan pandangan mengenai trend pasaran terkini.
Gerard Depardieu dibicarakan atas dakwaan gangguan seksual bermula Isnin.
Depardieu, 76 tahun, berdepan dakwaan meraba dua wanita semasa penggambaran filem The Green Shutters.
Meriam digunakan untuk waktu iftar di Abu Dhabi
Satu das tembakan dilepaskan sejurus sebelum azan maghrib, menandakan masuknya waktu berbuka di kawasan berkenaan.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.