awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Kelantan: PKR bertanding tujuh kerusi DUN

Bernama
Bernama
08/07/2023
04:55 MYT
PRN Kelantan: PKR bertanding tujuh kerusi DUN
Syed Mohd Alidustur (foto) berkata tujuh kerusi berkenaan ialah DUN Panchor, Chetok, Mengkebang, Pasir Pekan, Kota Lama, Pasir Tumboh dan Limbongan. -Facebook
KOTA BHARU: PKR akan bertanding di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos depan.
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain berkata tujuh kerusi berkenaan ialah DUN Panchor, Chetok, Mengkebang, Pasir Pekan, Kota Lama, Pasir Tumboh dan Limbongan.
"PKR Kelantan telah diarahkan untuk membuka Bilik Gerakan Utama (BGU) di ketujuh-tujuh DUN yang akan kita tandingi itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera dan BGU DUN Panchor, di sini malam tadi.
Syed Mohd Alidustur yang juga Ketua Cabang PKR Pengkalan Chepa berkata pihaknya akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon-calon dari parti komponen Kerajaan Perpaduan meskipun di kawasan DUN yang tiada calon PKR bertanding.
Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman berkata BN akan bertanding di 31 kerusi DUN, manakala 14 kerusi diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) yang merangkumi PKR dan Amanah.
PRN di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu akan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR Kelantan
#PRN
#Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain
#Majlis Pimpinan Negeri Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan