awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Kerajaan Perpaduan berazam majukan Kelantan - Anwar

Bernama
Bernama
23/07/2023
23:00 MYT
PRN: Kerajaan Perpaduan berazam majukan Kelantan - Anwar
Anwar berkata, kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri amat penting untuk memastikan kebajikan rakyat terus terjaga serta terbela. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
MACHANG: Kerajaan Perpaduan berazam untuk memajukan Kelantan jika calon parti yang mewakilinya berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri amat penting untuk memastikan kebajikan rakyat terus terjaga serta terbela.
"Inilah masanya untuk rakyat perlu bangkit, percaya dan yakin dengan hasil kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan.
"Saya minta orang Kelantan faham, tolong selamatkan Kelantan dan Malaysia kerana ini adalah peluang kita sebab kita fikir nasib Melayu, jaga rakyat desa dan miskin bandar serta pembangunan di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Kelantan dekat Bukit Tiu di sini. pada Ahad malam yang turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Senada dengan keazaman itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyeru agar rakyat Kelantan memberi peluang kepada parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir negeri itu.
"Semua calon yang bertanding perlu bekerja keras dan kita minta rakyat Kelantan beri peluang kepada calon-calon mewakili Pakatan Harapan dan BN untuk menang pada PRN kali ini sekali gus dapat mengambil alih tampuk kepimpinan daripada PAS (yang telah memerintah) selama 33 tahun.
"Kalau kita menang, kita akan berlaku adil kepada semua rakyat, kita akan beri keutamaan kepada mereka yang memerlukan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kerajaan Perpaduan
#UMNO
#pilihan raya negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan