MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menawarkan 10 janji kepada penduduk di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Antaranya termasuk menjadikan kawasan DUN itu yang sememangnya terkenal dengan produk ikan bakar yang sering diserbu pelancong di sekitar Umbai dan Alai sebagai lubuk makanan berkenaan sekali gus meningkatkan ekonomi peniaga dan penduduk setempat.
Selain itu, antara janji yang turut mencuit perhatian ialah sumbangan 100 kilogram (kg) beras percuma kepada rakyat di DUN itu bagi setiap perkahwinan kali pertama.
“Saya berikrar untuk kekal setia bersama BN bagi memastikan kestabilan demi kemakmuran, memberi perhatian kepada peniaga-peniaga kecil tempatan dan membaik pulih serta menyelenggara fasiliti sukan di dalam kawasan DUN ini.
“Selain itu, saya mahu menjadikan DUN ini sebagai lubuk pelancongan makanan ikan bakar serta pemberian 100kg beras bagi setiap perkahwinan kali pertama,” katanya menerusi hantaran video di laman Facebook rasminya.
Selain itu, sektor pendidikan itu juga menjadi keutamaan Abdul Razak yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka itu dan berjanji untuk memberikan tuisyen percuma serta bantuan ‘one-off’ kepada pelajar cemerlang.
“Saya berjanji akan menyediakan kemudahan ‘wifi’ di balai raya serta masjid bagi kegunaan masyarakat setempat dan memastikan balai raya dibuka bagi tujuan aktiviti kemasyarakatan
“Tuisyen percuma di sekolah bagi sekolah di kawasan DUN ini khusus untuk murid dan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam serta bantuan ‘one-off’ juga akan diberikan kepada mereka yang cemerlang selain saya juga akan memberi perhatian kepada golongan petani dan nelayan,” katanya.
Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 20,712 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab mereka dengan 47.7 peratus lelaki manakala selebihnya wanita.
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, isu kemahuan peniaga, sosio-ekonomi serta pelancongan antara elemen yang perlu diambil berat wakil rakyat di kawasan itu.
Abdul Razak bakal berdepan saingan empat penjuru menentang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen; Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka; Datuk Ashraf Mukhlis Minghad dan calon Bebas Muhammad Ariff Adly Mohamad.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Nov 14 2021
Abdul Razak Abdul Rahman menawarkan 10 janji kepada penduduk di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini. - Astro AWANI
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.