MELAKA: Pas akan melaksanakan 70 peratus kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melalui media sosial, kata Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Muhammad Sanusi Md Nor.
Menteri Besar Kedah itu berkata langkah itu diambil bagi menghadapi kemungkinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Melaka yang tidak membenarkan kempen konvensional seperti ziarah rumah ke rumah dilakukan bagi mengekang penularan COVID-19.
"Baki 30 peratus lagi ialah kempen konvensional yang mungkin melibatkan ziarah tetapi saya yakin ziarah kita tidaklah lagi semeriah dulu atas alasan pandemik COVID-19, jaga SOP dan kita pun nak elak daripada petugas kita menanggung risiko atau pun menjadi penular wabak ini, jadi kita aktifkan media sosial," katanya semasa melancarkan Jentera Pas PRN Melaka secara maya malam ini.
Mengulas kerusi yang akan ditandingi Pas pada PRN itu, beliau mengulangi kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam bahawa rundingan membabitkan Muakafat Nasional (MN) bersama UMNO dan Perikatan Nasional (PN), yang dianggotai Bersatu dan Gerakan, masih berlangsung.
"Kita ada landasan yang telah dirintis oleh para pimpinan... kita ada PN, MN dan sekarang ini (kita) sedang berunding supaya kita hanya ada dua penjuru sahaja dalam PRN Melaka. Kita harap rundingan ini berjaya dan inilah yang sedang kita usahakan," katanya.
SPR menetapkan tarikh penamaan untuk PRN Melaka pada 8 Nov diikuti undi awal pada 16 Nov dan mengundi pada 20 Nov.
PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021
Pas akan melaksanakan 70 peratus kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melalui media sosial, kata Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Muhammad Sanusi Md Nor. - Gambar fail/BERNAMA
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
AWANI 7:45 [19/04/2024] – Perang Iran-Israel | Gaji baharu penjawat awam | Cubaan seludup dadah tumpas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkembangan terbaharu perang Iran-Israel, Israel membisu pascaserangan
- Kerajaan teliti situasi di Iran, kemungkinan bawa keluar rakyat Malaysia
-Tambah baik gaji penjawat awam, tunggu hari pekerja, kata PM
- Buang beras? Sebenarnya beras sudah rosak
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkembangan terbaharu perang Iran-Israel, Israel membisu pascaserangan
- Kerajaan teliti situasi di Iran, kemungkinan bawa keluar rakyat Malaysia
-Tambah baik gaji penjawat awam, tunggu hari pekerja, kata PM
- Buang beras? Sebenarnya beras sudah rosak
#AWANInews
Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah
Perjuangan demi mengukuhkan perpaduan negara dan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama mendiang Tan Sri Joseph Kurup adalah antara kenangan abadi yang akan sentiasa diingati.
Kerajaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan mesra pelabur dan AI - PM Anwar
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan.
Perkembangan semasa letusan Gunung Ruang
Ketua Biro Kompas TV Manado, Susan Margaret membawakan perkembangan terkini letusan Gunung Ruang di Indonesia.
PHAM 2024 melabuhkan tirai, kini tiba masanya bertindak!
Sidang Kemuncak Kesihatan Planet Dan Mesyuarat Ke-6 (PHAM 2024) melabuhkan tirainya selepas empat hari dengan tambahan pra sidang diadakan di Universiti Sunway, Petaling Jaya.
Sesi yang menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang itu berjaya merapatkan jurang perbincangan antara pakar dari serata pelusuk dunia, sekali gus membawa lima harapan untuk penganjuran edisi seterusnya.
Sesi yang menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang itu berjaya merapatkan jurang perbincangan antara pakar dari serata pelusuk dunia, sekali gus membawa lima harapan untuk penganjuran edisi seterusnya.
10 Suspek ditahan bawah Sosma, 28 hari tanpa perbicaraan
Sepuluh individu termasuk tiga lelaki warga asing yang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki Israel Shalom Avitan ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) .
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula
Wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break the siege of Gaza Freedom Flotilla ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak susulan peperangan antara Iran-Israel.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
BN hanya dapat peruntukan RM100,000 masa jadi pembangkang - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Ahli Parlmen dari Barisan Nasional (BN) hanya menerima peruntukan RM100,000 ringgit sewaktu jadi pembangkang.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.