JASIN: Barisan Nasional (BN) sukar mengukur sokongan rakyat secara jitu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, berikutan kekangan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata ia berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui jentera parti.
"Sentimen, semangat dan komitmen jentera dilihat amat tinggi...saya fikir itu kelebihan besar BN. Namun, sentimen rakyat masih agak sukar untuk kita dapatkan, kerana kita kurang berjumpa secara bersemuka," katanya di sini hari ini.
Bagaimana pun, Annuar yakin jentera parti mampu melakukan sesuatu bagi memastikan momentum berkempen akan terus mendapat sambutan yang memberangsangkan.
"Berdasarkan apa (yang) mereka maklumkan pada saya, rata-rata keadaannya sangat baik dan harap momentum berkempen ini dapat dikekalkan sehingga hari mengundi," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan Pakatan Harapan (PH) supaya dianjurkan debat antara calon Ketua Menteri Melaka, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berpandangan ia tidak sesuai dilaksanakan menerusi platform media rasmi kerajaan, memandangkan pilihan raya itu hanya di dilaksanakan di sebuah negeri sahaja.
"Kita dah berbincang, buat masa ini ia belum sesuai untuk dilakukan melalui saluran nasional...tetapi debat masih boleh dijalankan melalui portal dan juga saluran persendirian.
"Kita kena ambil kira selepas ini, akan ada lagi PRN di negeri yang lebih besar dengan jumlah calon lebih ramai, dan mungkin pilihan raya umum pada masa akan datang," katanya.
Setakat ini, kata Annuar, keputusan kementerian adalah membenarkan RTM memberi pendedahan bagi memperkenalkan calon secara saksama, sama ada bagi parti atau calon Bebas.
Khamis lepas, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar satu debat terbuka dapat dianjurkan oleh kerajaan kepada calon-calon ketua menteri dari parti yang bertanding di Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata ia berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui jentera parti. - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.