MELAKA: Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew mengumumkan peletakan jawatannya selepas gagal mempertahankan empat daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
Selain itu, beliau turut memohon maaf dan bertanggungjawab ke atas kegagalan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
"Kita bukan sahaja gagal membentuk kerajaan negeri yang baru, malah lapan kerusi yang kita menangi pada Pilihan Raya Umum 2018 telah berkurangan kepada empat.
"Ini adalah keputusan peribadi saya. Saya ingin memohon maaf kepada ahli DAP, rakan sekutu PH dan penyokong kami kerana gagal mencapai sasaran kami.
"Sebagai ketua negeri, saya mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan pilihan raya negeri. Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya meletakkan jawatan sebagai ketua negeri, berkuat kuasa serta-merta," jelas Kok Kiew memetik laporan Malaysia Kini.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan akan kekal sebagai ahli DAP.
Kok Kiew kecundang dalam saingan lima penjuru di kerusi DUN Bemban selepas ditewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Mohd Yadzil Yaakub yang memperolehi 4,211 undi.
Beliau hanya mampu meraih 3,095 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Koh Chin Han memperoleh 3,883 undi.
Dua lagi calon bebas iaitu Choong Koon dan Azmi Kamis masing masing hilang deposit mereka.
Astro Awani
Sun Nov 21 2021
Kok Kiew kecundang dalam saingan lima penjuru di kerusi DUN Bemban selepas ditewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Mohd Yadzil Yaakub yang memperolehi 4,211 undi. - Foto BERNAMA
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
PRN Melaka: Gagal pertahan empat kerusi, Pengerusi DAP Melaka letak jawatan
Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew mengumumkan peletakan jawatannya selepas gagal mempertahankan empat daripada lapan kerusi DUN.
Tey Kok Kiew kekal Pengerusi DAP Melaka
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir Tey Kok Kiew kekal sebagai Pengerusi DAP Melaka bagi penggal 2021-2024.