awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Isu protes selesai, 38 PDM BN Jasin berjalan seperti biasa - Abdul Kalam

Fareez Azman
Fareez Azman
07/11/2021
15:32 MYT
PRN Melaka: Isu protes selesai, 38 PDM BN Jasin berjalan seperti biasa - Abdul Kalam
Abdul Kalam berkata, isu berkaitan penutupan sembilan PDM telah diselesaikan dan semua 38 PDM akan beroperasi seperti biasa. - Gambar/ Astro AWANI
JASIN: Semua 38 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di bawah Parlimen Jasin termasuk sembilan yang ditutup dipercayai kerana protes sebelum ini akan beroperasi seperti biasa, kata Setiausaha UMNO bahagian Jasin, Datuk Abdul Kalam Hassan.
“Memang pada mulanya ada sembilan PDM ditutup di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban ini.
“Tetapi isu itu telah diselesaikan dan semua 38 PDM akan beroperasi seperti biasa dan membantu semua calon,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, sembilan PDM BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban dilaporkan ditutup selepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN) pada Sabtu.
Difahamkan tindakan itu dibuat susulan ketidakpuasan hati akar umbi BN di kawasan berkenaan selepas penyandang kerusi DUN terbabit, Datuk Hasan Rahman tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Sebelum ini, 96 cawangan UMNO di bawah Parlimen itu mengadakan sidang media memohon pucuk pimpinan parti agar meneliti semula nama calon BN di DUN berkenaan.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#PDM BN
#Jasin
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan