awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Keputusan BN bergerak solo tidak jejas hubungan di peringkat Pusat

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
06/11/2021
13:00 MYT
PRN Melaka: Keputusan BN bergerak solo tidak jejas hubungan di peringkat Pusat
Mahdzir berkata beliau yakin pada masa ini terdapat persefahaman pada peringkat kerajaan Persekutuan yang dianggotai BN dan PN atas nama 'Keluarga Malaysia'. - Gambar fail
KUALA NERANG: Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bergerak secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan menjejaskan hubungan antara parti politik dalam kerajaan Persekutuan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata beliau yakin pada masa ini terdapat persefahaman pada peringkat kerajaan Persekutuan yang dianggotai BN dan Perikatan Nasional (PN) atas nama 'Keluarga Malaysia'.
"Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah buat keputusan supaya tiada program berkaitan menteri (kementerian) yang dibuat di Melaka sempena PRN tersebut.
"Makna kata, kalau menteri turun ke Melaka pun, itu atas kapasiti beliau sebagai ahli parti politik yang bertanding, bukannya turun sebagai seorang menteri yang membawa bersama program-program kementerian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri di sini hari ini.
BN hari ini mengumumkan keputusan untuk bergerak secara solo dalam PRN Melaka pada 20 Nov nanti dengan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kesemua parti komponen BN juga bersetuju untuk mengambil bahagian dalam PRN Melaka kali ini sebagai satu ikatan dan mewakili kemajmukan masyarakat.
Dalam pada itu, mengenai peluang BN untuk memenangi PRN itu, Mahdzir berkata secara tradisinya Melaka sebelum ini sememangnya berada di bawah kerajaan BN.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Mahdzir Khalid
#BN
#kerajaan pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan