awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: KM Sulaiman janji tidak hampakan rakyat Melaka

Firdaus Azil
Firdaus Azil
20/11/2021
20:04 MYT
PRN Melaka: KM Sulaiman janji tidak hampakan rakyat Melaka
Datuk Seri Sulaiman Md Ali (kiri) mengangkat sumpah dan Taat Setia Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh, 21 Nov 2021. -- fotoBERNAMA
AYER KEROH: Ketua Menteri Melaka ke-13, Datuk Seri Sulaiman Md Ali memberi jaminan tidak akan menghampakan rakyat Melaka yang memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan negeri.
Dalam sidang media awal pagi ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu berkata, beliau beriltizam menunaikan kewajiban seperti yang diingini rakyat Melaka.
Dalam masa yang sama, katanya, beliau juga mahu menggalas aspirasi Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam untuk memasyhurkan Melaka ke persada antarabangsa.
“Sesungguhnya kepada seluruh rakyat Melaka, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga di atas kepercayaan kepada saya bagi memimpin bumi Melaka yang bertuah ini.
“Saya tidak sama sekali akan menghampakan harapan rakyat negeri ini dan berjanji memikul tanggungjawab diberikan dengan seikhlas hati,” kata Sulaiman kepada pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu di Seri Negeri, awal pagi ini.
BACA: PRN Melaka: Sulaiman Md Ali selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ditanya mengapa istiadat mengangkat sumpah itu diawalkan, Sulaiman berkata, terdapat perkara yang perlu diselesaikan dengan kadar segera, khususnya dalam urusan pentadbiran.
“(Ini supaya) kita ada waktu yang panjang untuk membuat persiapan, terutamanya pada Selasa nanti ada mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri di Kuala Lumpur.
“Selepas itu ada Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu. Masa itu agak suntuk, sebab esok (hari ini) pun sudah hari Ahad, dan banyak perkara perlu diperbincangkan dulu dengan TYT Melaka.
"Apabila sudah dimuktamadkan, baru kita bergerak. Mahu tak mahu, kena angkat sumpah malam ini juga,” katanya lagi.
Mengenai senarai barisan Exco pula, Sulaiman berkata, perkara itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Ketua Menteri
#Sulaiman Md Ali
#rakyat melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan