KUALA TERENGGANU: Pas yakin kesepakatan antara parti-parti di dalam kerajaan akan dapat dicapai dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata meskipun penaman calon bagi PRN Melaka hanya berbaki tiga hari lagi, usaha dan rundingan masih berlangsung bagi mengelak berlakunya pertembungan antara Pas, UMNO dan Bersatu.
"Secara idealnya parti-parti yang ada dalam Kerajaan Persekutuan tidak boleh bertanding menentang satu sama lain. Inilah yang dipopularkan oleh Presiden Pas sendiri (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kita ini sebagai 'mediator' atau pemudah cara untuk tidak wujudnynya perpecahan.
"Di Melaka ini, ada 28 kerusi kalau bahagi tiga itu sudah banyak dapat. Dalam sembilan atau 10 seorang (setiap parti). Kita perlukan hanya 19 kerusi untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Kita boleh bertanding 28 kerusi kalau tidak ada pertandingan tiga penjuru, jadi kita cuba elak lah," katanya dalam sidang media sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-67, di sini hari ini.
PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, 8 Nov hari penamaan calon dan 16 Nov tarikh undi awal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 04 2021
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata meskipun penaman calon bagi PRN Melaka hanya berbaki tiga hari lagi, usaha dan rundingan masih berlangsung bagi mengelak berlakunya pertembungan antara Pas, UMNO dan Bersatu. - Foto BERNAMA
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong usaha Palestin menjadi anggota penuh
Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh UNGA baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.