awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: PH bincang kedudukan empat bekas ADUN petang ini - Anwar

Sinar Harian
Sinar Harian
20/10/2021
06:24 MYT
PRN Melaka: PH bincang kedudukan empat bekas ADUN petang ini - Anwar
Anwar berkata beliau menyedari ada pihak yang tidak menyenangi keempat-empat bekas ADUN itu jika menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.- Gambar fail
PORT DICKSON: Pakatan Harapan (PH) akan membincangkan kedudukan bekas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dalam mesyuarat pada petang Rabu.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyedari ada pihak yang tidak menyenangi keempat-empat bekas ADUN itu jika menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.
"Ini juga melibatkan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang secara terbuka ditolak oleh DAP Melaka sebagai calon parti tersebut.
"Dibangkitkan oleh DAP itu seorang, tapi tidak apa, kami akan bincang hal ini," katanya kepada pemberita selepas Program sambutan Maulidur Rasul peringkat parlimen dan sumbangan kepada masjid dan surau Port Dickson di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, pada Rabu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: Penamaan 8 Nov, pengundian 20 Nov - SPR
BACA: DAP tolak Norhizam sertai PRN - Guan Eng
Tambah Anwar, soal pilihan raya akan dibincangkan pada petang ini.
Sebelum ini, bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron memaklumkan, beliau dan tiga lagi rakannya, menyerahkan nasib mereka kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) berhubung kedudukan mereka dalam PRN Melaka.
Bagaimanapun, DAP menolak Norhizam Hassan sebagai calon PRN Melaka.
Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengesahkan dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung pendedahan beliau mengenai Pandora Papers.
"SPRM minta kerjasama, tapi saya lihat dari sudut undang-undang, kalau saya sampaikan pandangan dan (kemudian) kata tidak boleh cakap lagi hal ini, itu masalah kerana saya mahu bangkitkan lagi di Parlimen.
"Saya akan jelaskan dahulu dengan SPRM, adakah dengan saya memberikan kerjasama, saya tidak boleh bercakap lagi soal Pandora Papers?
"Itu dikehendaki oleh ramai orang. Sebab itu siasatan harus profesional dan kalau SPRM betul, mereka boleh mulakan (siasatan). Tapi soal minta kerjasama, saya beri kerjasama," kata Anwar.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: PH bincang kedudukan empat bekas ADUN petang ini: Anwar
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Pakatan Harapan
#PRN Melaka
#politik melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan