awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: 'Rakyat dah penat, kalau naik kes disebabkan PRN, lagilah rakyat penat!'

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
20/11/2021
10:30 MYT
PRN Melaka: 'Rakyat dah penat, kalau naik kes disebabkan PRN, lagilah rakyat penat!'
Petugas barisan hadapan pastinya antara yang paling terkesan sekiranya kes COVID-19 meningkat sebaik selesai PRN Melaka. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selesai sahaja Pilihan Raya Negeri (PRN) melaka, wakil rakyat perlu kembali fokus kepada kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan untuk rakyat.
Nabil Halimi, Pengasas Bersama Arus Anak Muda berkata, rakyat sebenarnya sudah penat, tidak mahu lagi melihat ‘pergaduhan politik’ dan mahu fokus diberi untuk kebajikan rakyat.
“Bila cerita politik lompat dan suasana politik yang sebabkan kelesuan di kalangan rakyat, bukan saja anak muda tapi kita lihat daripada PRN ini, saya fikir cukuplah, habis saja PRN, kita fokus kepada kerja-kerja yang patut dilakukan untuk rakyat.
“Rakyat ini dah penat, dah berapa kali PRN. Selepas ini kalau kata kes COVID-19 meningkat daripada PRN, lagilah rakyat penat.
BACA: Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula
“Sebab politik, kes COVID-19 pula meningkat. Bagi saya, imej ini adalah imej buruk kepada demokrasi negara. Maka parti politik ini, bila tamat PRN, mereka perlu fokus dalam berikan khidmat kepada rakyat,” katanya dalam Buletin AWANI Khas Melaka Memilih pada Sabtu.
Beliau juga menasihatkan calon yang kalah supaya terima hakikat, kuatkan jentera di kawasan dan tidak cuba mengganggu-gugat kestabilan kerajaan negeri.
“Pada yang kalah, cukup-cukuplah fikir nak dapatkan kuasa ini secara cepat. Kita fokuskan kuatkan jentera di kawasan tempatan. Bagi yang kalah, jangan cuba datangkan ketidakstabilan dalam kerajaan negeri.
“Saya fikir PRN Melaka ini satu PRN yang tidak munasabah kerana secara kesimpulannya, ia bazirkan duit rakyat sebab kita dah lalui pilihan raya tapi berlaku lagi,” ujarnya.
BACA: PRN Melaka: Peratusan undi rendah beri kelebihan kepada BN - Penganalisis
Proses pengundian PRN Melaka yang bermula 8.00 pagi tadi tamat selepas 217 pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang ini.
Mengikut senarai daftar pemilih, pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi dan dikendalikan oleh seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 1,109 saluran itu dibawa ke 28 pusat penjumlahan undi di sini dan keputusan rasmi akan diumumkan malam ini oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.
PRN Melaka | Pilihan raya dan pengaruh anak muda
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#rakyat penat
#kes meningkat
#pilihan raya
#COVID-19
#Nabil Halimi
#Arus Anak Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan