awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: 'Semua kerusi DUN adalah kawasan panas' - Zahid

Fareez Azman
Fareez Azman
19/10/2021
08:58 MYT
PRN Melaka: 'Semua kerusi DUN adalah kawasan panas' - Zahid
Ujar Presiden UMNO itu, PRN Melaka bakal menyaksikan satu landskap politik baharu yang dilakarkan berdasarkan situasi politik semasa. - Gambar fail
MASJID TANAH: Semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah kerusi panas.
Demikian jelas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.
"Saya anggap semua kawasan adalah panas, semua kawasan fokus. Biarpun kita mengenal pasti kawasan fokus, tentunya kita berpegang apa yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO, iaitu calon-calon bagi mana mana pilihan raya dibincangkan di peringkat Bahagian UMNO dan kemudian mengemukakannya kepada kepimpinan atasan untuk ditandatangani watikah," jelasnya.
Jelas Ahmad Zahid, jentera pilihan raya UMNO dan BN telah digerakkan di semua kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRN Melaka.
Ujar Presiden UMNO itu, PRN Melaka bakal menyaksikan satu landskap politik baharu yang dilakarkan berdasarkan situasi politik semasa.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jentera UMNO PRN Melaka di Masjid Tanah pada Selasa.
Turut hadir dalam majlis itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Ahmad Zahid Hamidi
#UMNO
#calon pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan