MELAKA: Calon baharu daripada Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, mengakui prosedur operasi standard (SOP) merupakan cabaran besar baginya untuk mendekati pengundi.
Mohamad Ali berkata kekangan kempen bersemuka sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka juga menjadi kesukaran kepadanya bertemu pengundi, bagi memperkenalkan diri dan memberi penjelasan mengapa dia perlu dipilih pada hari pengundian nanti.
"Kita tidak boleh bertemu atau berziarah, cuma apabila waktu seperti bersarapan pagi atau membeli barang keperluan di pasar barulah kita dapat berjumpa seketika, itu sahaja yang kita boleh lakukan dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi kempen.
"Dalam proses menentukan wakil rakyat, kita melihat perlu memberi peluang kepada calon bersemuka dengan pengundi, supaya kita jelaskan kepada mereka kenapa perlu pilih kita menjadil wakil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamad Ali yang juga Timbalan Pengerusi BN negeri berkata walaupun penggunaan media sosial ketika ini meluas, namun kaedah tersebut masih mempunyai kekangan di sesetengah tempat yang mempunyai akses Internet terhad dan dalam kalangan warga emas yang kurang menggunakan medium berkenaan.
"Memang ada media sosial, tetapi kita melihat sejauh mana pengundi menggunakannya untuk mengenali calon, memang kita boleh lakukan cara menghantar bahan kempen seperti risalah ke peti surat tetapi ada juga yang sudah lama tidak dibuka, atau jika diselitkan pada pokok, kayu-kayu, mungkin bila ditiup angin berterbanglah bahan kempen itu.
"Dalam tempoh berkempen yang berbaki beberapa hari lagi kita berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), memberi sedikit kelonggaran untuk calon bertemu pengundi," katanya.
Mohamad Ali, 57, walaupun menceburi arena politik lebih 36 tahun, ini merupakan kali pertama penampilannya sebagai calon dalam pilihan raya, selain berhasrat untuk memberi komitmen bagi menangani isu rakyat setempat dan menambah baik kemudahan serta infrastruktur demi kebaikan penduduk.
Kerusi DUN Sungai Udang bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN itu dengan Dr Mohd Aleef Yusof mewakili Perikatan Nasional (PN), Hasmorni Tamby (Pakatan Harapan) dan Mejar Jeneral (B) Mohd Zahar Hasim (Bebas).
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kerusi DUN Sungai Udang dimenangi Datuk Seri Idris Haron dari BN dengan majoriti 2,229 undi, menewaskan Mohd Lokman Abdul Gani (PKR).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
SPR menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov. - Gambar hiasan
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki awal bulan ini.
Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan
Kerajaan Perpaduan dijangka mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu minggu depan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
AWANI Ringkas: Calon kerajaan diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.