KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Tangga Batu mendakwa wujud unsur sabotaj di kalangan ahlinya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.
Ketuanya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata ada di kalangan ahlinya yang bertindak membantu calon lawan dan tidak keluar untuk mengundi, yang mana beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai melanggar prinsip parti.
“Walaupun kejayaan ini telah kita kecapi, saya telah menerima beberapa laporan bahawa ada ahli UMNO melakukan perkara tidak baik kepada parti sepanjang Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan.
“Antaranya ialah ada ahli UMNO yang sanggup tidak keluar membantu calon UMNO dalam Barisan Nasional, mereka lebih memilih untuk membantu pihak lawan dan bersama atas dasar 'kononnya' kawan, tetapi ia tetap melanggar prinsip parti.
“Ada juga yang sanggup sabotaj parti dalam PRN Melaka hanya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh parti UMNO,” katanya melalui satu kenyataan media di Facebook sebentar tadi.
Beliau yang terkenal dengan panggilan Cikgu Ali berkata, Jawatankuasa UMNO Bahagian akan mengambil tindakan dengan meyingkirkan mereka yang terbukti melakukan tindakan sabotaj itu.
“Sehubungan dengan itu saya bersama Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga mengambil langkah dan tindakkan yang sewajarnya untuk menguatkan lagi kedudukan parti dan kesetiaan ahli kepada parti agar terus kukuh dan tidak berbelah bahagi untuk parti.
“Kerana perjuangan UMNO memerlukan ahli yang setia dan memberi komitmen kepada parti samada ketika senang atau susah.
“Saya bersama Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu akan membuat PEMBERSIHAN parti UMNO untuk menyingkirkan PENGKHIANAT dan PEMBELOT dalam UMNO Bahagian Tangga Batu. Ia perlu dilakukan demi menguatkan lagi Parti UMNO dalam Bahagian Tangga Batu agar tiada lagi musuh dalam selimut,” jelasnya lagi.
Menurutnya, tindakan tegas itu bertujuan untuk memastikan perkara seumpama itu tidak berulang lagi di masa hadapan.
“Saya akan meminta semua Ketua Cawangan UMNO di dalam Bahagian Tangga Batu untuk menghantar laporan dan bukti dalam mengenal pasti mana-mana ahli UMNO yang telah menjadi pengkhianat, pembelot dan tidak setia serta sanggup sabotaj PRN Melaka sebelum ini.
“Akhir kalam, saya bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Tangga Batu amat tegas dengan keputusan ini, semuanya demi memelihara UMNO Bahagian Tangga Batu agar tidak lagi di khianat, di belot dan di sabotaj.
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli UMNO yang kekal setia bersama UMNO ketika susah dan senang serta sanggup berkorban dan berjuang dalam Pilihan Raya Negeri Melaka bagi memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional,” ujarnya lagi.
Irwan Muhammad Zain
Mon Nov 22 2021
Ketuanya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata ada di kalangan ahlinya yang bertindak membantu calon lawan dan tidak keluar untuk mengundi. - Gambar fail/BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
PRN Melaka: UMNO Tangga Batu ambil tindakan singkir pengkhianat, pembelot
UMNO Bahagian Tangga Batu mendakwa wujud unsur sabotaj di kalangan ahlinya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.
Cikgu Ali berpanas baiki sekolah dilanda ribut
Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad sanggup berpanas membaiki bumbung sekolah yang rosak dilanda ribut.