Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Jangan samakan dengan pengundi Johor - Aminuddin

https://www.sinarharian.com.my/article/789189/berita/semasa/pemandu-warga-bangladesh-didakwa-pandu-melulu-sebabkan-kematian-penghantar-makanan
Aminuddin berkata beliau tetap yakin pengundi Melayu di Negeri Sembilan akan membuat pilihan terbaik pada hari pengundian.
Advertisement

PORT DICKSON: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, menegaskan corak pengundian di Johor tidak boleh dijadikan ukuran bagi Pilihan Raya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang mendakwa sokongan pengundi Melayu terhadap PH di Johor hanya sekitar 10 peratus.

“Itu KJ cakap di Johor. Suruhlah dia kempen lagi kuat di Negeri Sembilan. Kita lihat keputusan akan datang. Jangan samakan orang Johor dengan orang Negeri Sembilan. Mereka ada pilihan masing-masing,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Qariah Kampung Sawah Sunggala, di sini, pada Jumaat.

Aminuddin berkata beliau tetap yakin pengundi Melayu di Negeri Sembilan akan membuat pilihan terbaik pada hari pengundian.

“Saya berharap masyarakat Melayu tahu memilih dalam perkara ini dan saya serahkan kepada pengundi-pengundi Melayu menentukan.

“Saya masih yakin bahawa mereka akan memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan pada kali ini,” katanya lagi.

Pada Jumaat, Astro AWANI melaporkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyeru PH bermuhasabah terhadap kegagalan menarik sokongan pengundi Melayu.

Menurut Khairy, berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, calon PH memperoleh kurang daripada 10 peratus undi Melayu pada PRN Johor lalu.

Tegasnya, PH tidak wajar terus menyalahkan pihak lawan dengan memainkan sentimen perkauman setiap kali berdepan kritikan, sebaliknya perlu menilai punca sebenar mereka kurang mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu. 
 

Must Watch Video

Advertisement