awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Noh tekad jadikan Parlimen Tanjong Karang kubu kuat PN

Sinar Harian
Sinar Harian
01/05/2023
02:40 MYT
PRN: Noh tekad jadikan Parlimen Tanjong Karang kubu kuat PN
Menurut Noh Omar, UMNO Tanjong Karang semakin lemah akibat campur tangan daripada pihak luar yang ingin menghancurkan parti itu sendiri. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mahu memastikan Parlimen Tanjong Karang sebagai kubu kuat Perikatan Nasional (PN) sekali gus membantu kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Noh berkata, perjuangannya ketika ini untuk memastikan rakyat menyokong PN sama seperti usaha yang pernah dilakukan beliau lebih 30 tahun lalu dalam membangunkan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tanjong Karang.
Menurut beliau, UMNO Tanjong Karang semakin lemah akibat campur tangan daripada pihak luar yang ingin menghancurkan parti itu sendiri.
"Maka saya akan berusaha pula menjadikan (Parlimen) Tanjong Karang kubu kuat PN dan ini adalah perjuangan saya sebagai seorang ahli politik," katanya menerusi satu rakaman video di Facebook beliau pada Isnin.
Noh memberitahu, beliau reda apabila dipecat daripada UMNO tetapi janganlah menghancurkan UMNO bahagian itu hanya untuk kepentingan politik.
"Kalau tidak suka saya tak apa, saya boleh terima kerana saya ada prinsip dan janganlah jadikan UMNO Tanjong Karang sebagai mangsa.
"Kalau hendak bunuh (karier politik) saya seorang cukuplah, jangan hendak lenyapkan UMNO Tanjong Karang," luah beliau.
Katanya, pada masa ini beliau yakin rakyat di Parlimen Tanjong Karang bersama-sama menyokong PN dan menewaskan BN pada PRN Selangor.
"Pengundi di Parlimen Tanjong Karang menyambut baik untuk memastikan kemenangan PN ibarat kata pepatah kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan," jelas beliau.
Pada Januari lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan menggantung keahlian Noh selama enam tahun, namun bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu meminta untuk dipecat.
Permintaan untuk dipecat dipersetujui Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Noh Omar
#Parlimen Tanjung Karang
#kubu kuat
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan