awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PDRM kenal pasti 190 kawasan panas di 6 negeri, Selangor tertinggi

Bernama
Bernama
13/06/2023
07:05 MYT
PRN: PDRM kenal pasti 190 kawasan panas di 6 negeri, Selangor tertinggi
Acryl Sani berkata polis melancarkan Op PRN 6N yang akan memfokuskan kepada aspek keselamatan pengundi, tempat pengundian dan tempat penjumlahan undi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti 190 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di enam negeri terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata daripada jumlah itu, Selangor memiliki kawasan panas tertinggi iaitu sebanyak 70 lokasi, diikuti Terengganu (66), Kedah (20), Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing 16, serta dua lokasi di Pulau Pinang.
Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas program lawatan hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 2023 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Cheras hari ini, beliau berkata lokasi berkenaan dikategorikan sebagai kawasan panas kerana dilihat berpotensi untuk tercetusnya provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Justeru bagi memastikan kelancaran PRN, beliau berkata polis melancarkan Op PRN 6N yang akan memfokuskan kepada aspek keselamatan pengundi, tempat pengundian dan tempat penjumlahan undi.
Acryl Sani berkata bagi pengundian awal di enam negeri tersebut, ia akan membabitkan 93,833 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#kawasan panas
#PDRM
#Acryl Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan