awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pembahagian kerusi PH-BN di enam negeri selesai 90 peratus - Tok Mat

Bernama
Bernama
17/06/2023
12:15 MYT
PRN: Pembahagian kerusi PH-BN di enam negeri selesai 90 peratus - Tok Mat
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ada satu atau dua kerusi yang menyaksikan pertindihan dan memerlukan keputusan Jawatankuasa Majlis Presiden kedua-dua gabungan. - Gambar fail/Astro AWANI
REMBAU: Pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah selesai 90 peratus.
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ada satu atau dua kerusi yang menyaksikan pertindihan dan memerlukan keputusan Jawatankuasa Majlis Presiden kedua-dua gabungan.
"Pertindihan kerusi ini disebabkan semua rasa boleh menang jadi kita serahkan kepada Jawatankuasa Majlis Presiden untuk menentukan bagi melihat dari segi kaca mata yang lebih luas.
"Macam di Negeri Sembilan, 16 kerusi sudah dikunci, hanya satu atau dua kerusi yang PH nak dan BN juga nak, jadi kita letak pada Majlis Presiden," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Rembau ke-47.
Mohamad juga berkata bagi kerusi yang sudah dimuktamad, setiap parti boleh memulakan gerak kerja bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.
"Kita tidak mahu disebabkan satu atau dua kerusi ini, kerja terbantut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembahagian kerusi PH-BN
#PRN enam negeri
#pilihan raya negeri
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan