GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berpandangan Jun atau Julai ini adalah waktu yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini masih tiada perbincangan rasmi berhubung tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri namun tidak menolak kemungkinan membuat pembubaran DUN pada penghujung Mei ini.
Kon Yeow berkata, secara lazimnya tarikh lengkap penggal DUN di setiap negeri berbeza namun jika dilihat dari sudut politik dan pilihan raya tempoh genap lima tahun pentadbiran negeri adalah pada 8 Mei ini.
Kon Yeow berkata, DUN Pulau Pinang masih mempunyai tempoh sah sehingga 2 Ogos 2023 iaitu bermula dari tarikh persidangan pertama diadakan.
"Bagi saya kalau selepas 8 Mei onwards ia dibubarkan, ia mungkin boleh dibubarkan pada bila-bila. Mungkin kalau dibubarkan akhir Mei.
"Jadi semestinya pilihan raya (PRN) perlu diadakan pada Jun atau selewat-lewatnya Julai, jadi betullah apa yang dikatakan oleh Menteri-menteri Besar (lain), mungkin Jun (atau) Julai adalah paling sesuai untuk seragamkan semua negeri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata sebelum ini perbincangan mengenai tarikh pembubaran DUN ada dibincangkan sewaktu pertemuan Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri di Putrajaya dan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara Januari lepas.
Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, mesyuarat selanjutnya dijangka akan diadakan sekali lagi pada 21 Februari ini dan antara perkara yang akan dibincangkan termasuk mengenai PRN di enam negeri.
Beliau berkata demikian ketika ditanya cadangan tarikh pembubaran DUN Pulau Pinang pada sidang media di pejabatnya di Komtar, Pulau Pinang pada Jumaat.
Pada Khamis, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan pada 1 Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Bagaimanapun Naib Presiden PKR itu berkata cadangan berkenaan akan dibincangkan terlebih dahulu bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan selepas pertengahan Jun .
Ia selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk bulan Ramadan, sambutan Aidilfitri, tempoh ibadah haji serta sambutan Aidiladha.
Selain Negeri Sembilan dan Kedah, empat lagi negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Feb 03 2023
Kon Yeow berkata, secara lazimnya tarikh lengkap penggal DUN di setiap negeri berbeza namun jika dilihat dari sudut politik dan pilihan raya tempoh genap lima tahun pentadbiran negeri adalah pada 8 Mei ini. - Fail/BERNAMA
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).