awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup rendah, kekal akhiri 2025 dengan prestasi lebih mengukuh berbanding dolar AS
Bursa Malaysia alami prestasi rendah pada hari dagangan terakhir 2025
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Ramalan berdasarkan kajian Emir Research, keputusan PRN nanti 3-3

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
11/08/2023
12:44 MYT
PRN: Ramalan berdasarkan kajian Emir Research, keputusan PRN nanti 3-3
Kajian Emir Research itu dibuat berdasarkan data awam, rekod pilihan raya terdahulu, pangkalan data tersendiri dan model pelbagai teknik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan Emir Research dalam kajiannya meramalkan bahawa blok gabungan parti Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) serta blok pembangkang Perikatan Nasional, masing-masing mampu menawan tiga negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Kajian itu turut menunjukkan PH-BN dijangka menguasai Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Perikatan Nasional pula dijangka akan menawan tiga negeri lain iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Di Selangor, Emir Research menjangkakan PH-BN dijangka mampu memperoleh 35 kerusi daripada 56 kerusi.
Perikatan Nasional pula dijangka berjaya menawan 13 kerusi di negeri itu, manakala 8 kerusi lagi tidak pasti.
Di Negeri Sembilan, PH-BN diramal memperoleh 18 kerusi, manakala PN-Pas mungkin tidak akan memenangi sebarang kerusi di negeri itu. Selebihnya 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu tidak pasti.
KEPUTUSAN TIDAK RASMI DAN RASMI PRN ESOK DI SINI
PH-BN terus mendahului di Pulau Pinang dengan 26 kerusi, PN-Pas (7 kerusi) dan 7 kerusi DUN tidak pasti.
Di Kedah, Kelantan dan Terengganu masing-masing didahului dengan parti Perikatan Nasional dan Pas, dengan masing-masing 29 kerusi, 38 kerusi di Kelantan serta kesemua 32 kerusi di Terengganu.
Kajian Emir Research itu dibuat berdasarkan data awam, rekod pilihan raya terdahulu, pangkalan data tersendiri dan model pelbagai teknik.
Topic Berkaitan
#PRN
#EMIR Research
#PH BN
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan