awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Anifah Aman hadapi pertandingan empat penjuru di Bongawan

Bernama
Bernama
12/09/2020
08:19 MYT
PRN Sabah: Anifah Aman hadapi pertandingan empat penjuru di Bongawan
Bekas menteri luar itu dicabar penyandang kerusi DUN Bongawan Dr Daud Yusof dari Parti Warisan Sabah (Warisan) selain Ag Syairin dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Azree Abd Ghani dari Parti Liberal Demokratik (LDP). - Gambar fail/Astro AWANI
Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman berdepan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Bekas menteri luar itu dicabar penyandang kerusi DUN Bongawan Dr Daud Yusof dari Parti Warisan Sabah (Warisan) selain Ag Syairin dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Azree Abd Ghani dari Parti Liberal Demokratik (LDP).
DUN itu mempunyai 16,735 pengundi.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Daud memperoleh 6,912 undi menewaskan calon BN Datuk Mohamad Alamin (6,117 undi) dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail (627 undi).
Sementara itu, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mewakili BN, akan bertanding di kerusi DUN Usukan, ditentang dua pencabar lain membabitkan bekas calon kerusi tersebut pada PRU14, Abdul Bahkrin Mohd Yusof (Warisan) dan calon PCS, Datu Mohd Nazaruddin Datu Tigabelas.
Pada PRU14, kerusi tersebut dimenangi Datuk Japlin Akim (BN) yang mendapat 8,738 undi, menewaskan Abdul Bahkrin (7,513 undi), calon PAS Adzmin Awang (355) dan calon Bebas, Amsor Tuah (70 undi).
DUN Usukan kini mempunyai 16,883 pengundi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Barisan Nasional
#Bongawann
#menteri
#PAS
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRN Sabah
#PRU14
#Sabah Memilih
#Salleh Said Keruak
#Usukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan