POLITIK
PRN Sabah: BN pusat, negeri sehaluan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata kepimpinan gabungan itu tidak memiliki perbezaan prinsip sebaliknya hanya melakukan penyelarasan tertentu sebagai persediaan menghadapi PRN Sabah. - Foto Bernama
BANGI: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa berlaku perselisihan faham antara kepimpinan BN pusat dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Ringkasan AI
- Ahmad Zahid menafikan wujudnya perselisihan antara kepimpinan BN pusat dan negeri menjelang PRN Sabah, dan menjelaskan hanya berlaku penyelarasan strategi, bukan perbezaan prinsip.
- Beliau menyatakan rundingan dalaman sering dijalankan, dan kenyataan yang dilihat bercanggah mungkin diambil di luar konteks oleh pihak tertentu.
- Zahid juga menegaskan tiada keperluan untuk PH menjadi jambatan antara BN dan GRS, kerana BN dan PH sudah dalam kesepakatan dan rundingan lebih luas dijangka diadakan.
"Kami sering mengadakan rundingan dan perbincangan (mengenai persediaan menghadapi PRN Sabah)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Pendidik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata Pakatan Harapan (PH) tidak perlu bertindak sebagai 'jambatan' bagi menghubungkan BN dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi PRN berkenaan.
"Ini kerana kita buat ketetapan BN dan PH (berada) dalam kesepakatan. Keputusan kita buka pintu kepada parti dan gabungan lain (untuk bekerjasama).
"Perkara ini sedang berada dalam perancangan. Saya tidak fikir perlu jambatan atau sebarang saluran lain, insya-Allah akan adakan rundingan lebih luas daripada GRS," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami