awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa
Jabatan Kehakiman AS dedah lebih tiga juta dokumen baharu kes Epstein
Trump lantik Kevin Warsh terajui Rizab Persekutuan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Calon Amanah sedang dimuktamadkan

Bernama
Bernama
17/10/2025
08:17 MYT
PRN Sabah:  Calon Amanah sedang dimuktamadkan
Adly ketika ditemui pemberita pada Majlis Graduasi dan Peluncuran Program Pemerkasaan Usahawan Wira Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Pangkalan Udara Butterworth, hari ini. - Foto Bernama
BUTTERWORTH: Parti Amanah Negara (Amanah) sedang memuktamadkan bilangan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan, kata Naib Presiden Adly Zahari.

Ringkasan AI
  • Amanah sedang muktamadkan senarai calon PRN Sabah, dengan rundingan pembahagian kerusi bersama rakan PH, GRS dan BN masih berjalan.
  • Bilangan kerusi belum didedahkan, namun calon terdiri daripada orang tempatan yang rapat dengan masyarakat.
  • SPR tetapkan PRN Sabah pada 29 Nov, dengan penamaan calon 15 Nov dan pengundian awal 25 Nov; 73 kerusi DUN dipertandingkan.

Beliau berkata terdapat beberapa calon yang telah disenaraikan parti itu untuk bertanding, namun rundingan masih berjalan antara parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk pengagihan kerusi.
"Memang kami (Amanah) melalui PH, kami bekerjasama dengan rakan-rakan daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan juga Barisan Nasional (BN) dalam mengadakan rundingan (pembahagian kerusi)," katanya.
Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan bercakap kepada pemberita selepas Majlis Graduasi dan Peluncuran Program Pemerkasaan Usahawan Wira Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Pangkalan Udara Butterworth di sini hari ini.
Adly bagaimanapun tidak mendedahkan bilangan kerusi yang akan ditandingi Amanah, namun mengesahkan calon adalah dalam kalangan orang tempatan serta mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah, manakala tarikh penamaan calon pada 15 Nov dan tarikh pengundian awal pada 25 Nov.
Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Parti Amanah
#bilangan calon
#Adly Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan