POLITIK
"PRN Sabah kali ini pilihan raya terakhir saya" - Hajiji

Hajiji ketika hadir merasmikan Dewan DSP Haji Hajiji serta majlis persaraan guru besar, di Sekolah Kebangsaan (SK) Bundung, Tuaran, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bahawa Pilhan Raya Negeri-17 (PRN17) kali ini akan menjadi penyertaan terakhirnya dalam politik.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan PRN17 Sabah sebagai penyertaan terakhirnya dalam politik selepas lebih 35 tahun berkhidmat.
- Beliau menyatakan keputusan itu bagi memberi ruang kepada kepimpinan baharu dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada pengundi di kawasannya, Sulaman.
- Pengumuman dibuat semasa merasmikan Dewan DSP Haji Hajiji dan majlis persaraan guru besar di SK Bundung, Tuaran.
“Saya beritahu orang-orang saya di Sulaman, ini terakhir saya ikut pilihan raya ini,” jelasnya.
Beliau menegaskan, keputusan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan memberi ruang kepada pelapis baharu dalam politik negeri.
Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membuat pengumuman itu ketika berucap sewaktu merasmikan Dewan DSP Haji Hajiji serta majlis persaraan guru besar, di Sekolah Kebangsaan (SK) Bundung, Tuaran, hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami