PRN Sabah: MCA letak calon tempatan Sabah dalam PRN ke-17

Wee Ka Siong (tiga dari kanan) berkata, MCA percaya bahawa calon yang berpengalaman serta memiliki latar belakang akar umbi mampu memberi impak positif dan menyumbang kepada kekuatan BN. - Facebook Wee Ka Siong
GEORGE TOWN: MCA merancang untuk mengetengahkan calon-calon tempatan yang benar-benar memahami keperluan serta cita rasa rakyat Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang dijadual berlangsung bulan hadapan.
Ringkasan AI
- MCA akan tampilkan calon anak watan Sabah yang berakar umbi dan mempunyai rekod khidmat baik, bagi PRN Sabah ke-17 bulan depan.
- Senarai calon MCA sedang tunggu pengesahan BN dan dijangka diumum sebelum penamaan calon pada 15 November; pelancaran jentera kira-kira seminggu lebih awal.
- Wee Ka Siong tegaskan MCA kekal bersama BN dan fokus kepada persiapan PRN, menolak spekulasi parti akan keluar daripada gabungan.
Tambah beliau, MCA percaya bahawa calon yang berpengalaman serta memiliki latar belakang akar umbi mampu memberi impak positif dan menyumbang kepada kekuatan BN dalam PRN tersebut.
Menurutnya, senarai calon MCA telahpun melalui proses saringan di peringkat Barisan Nasional (BN) dan ketika ini hanya menunggu lampu hijau terakhir sebelum diumumkan kepada umum.
Ka Siong menjelaskan, penentuan calon dilakukan secara teliti melibatkan pelbagai pertimbangan termasuk penerimaan masyarakat tempatan dan sejarah perkhidmatan individu tersebut.
Ujarnya lagi, pengumuman rasmi calon dijangka dilakukan sebelum tarikh penamaan calon pada 15 November, bergantung kepada perkembangan rundingan di peringkat pusat.
Jelas beliau, jentera pilihan raya MCA akan dilancarkan sekitar seminggu lebih awal untuk memastikan persediaan menghadapi pilihan raya berjalan lancar dan tersusun.
Sementara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini pernah menyatakan bahawa MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan turut serta sebagai calon dalam PRN Sabah kali ini.
Mengulas hubungan dalam gabungan, Wee menafikan dakwaan bahawa MCA akan meninggalkan BN dan menegaskan bahawa parti itu kekal komited bersama komponen lain dalam menghadapi PRN.
“Setakat ini tidak timbul sebarang isu besar. Setiap parti dalam BN ada perbezaan pendekatan, namun semua diselesaikan secara musyawarah dan mengikut saluran yang betul,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami