awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
APMM Pulau Pinang tahan dua kapal tangki cuba pindah minyak mentah bernilai RM512 juta
KPT semak akta ambil alih tingkatan enam, matrikulasi - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Rakyat Sabah akan buat pilihan berdasarkan fakta, bukan emosi - Ramanan

Bernama
Bernama
28/11/2025
14:10 MYT
PRN Sabah: Rakyat Sabah akan buat pilihan berdasarkan fakta, bukan emosi - Ramanan
Naib Presiden PKR Datuk Seri R.Ramanan yakin rakyat Sabah akan membuat pilihan berdasarkan fakta dan realiti dan bukannya emosi semata-mata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, esok. - BERNAMA
KOTA KINABALU: Naib Presiden PKR Datuk Seri R.Ramanan yakin rakyat Sabah akan membuat pilihan berdasarkan fakta dan realiti dan bukannya emosi semata-mata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, esok.
Menyifatkan PRN kali ini sebagai sengit dan mencabar, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata rekod keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap negeri itu tidak boleh dinafikan.
"Kerajaan MADANI telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam menjaga kepentingan Sabah secara menyeluruh malah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu-satunya Perdana Menteri yang paling kerap turun ke Sabah bagi memastikan pelaksanaan pembangunan berjalan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan akhir di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog.
Ramanan berkata Sabah turut menerima peruntukan pembangunan terbesar dalam sejarah melalui Belanjawan MADANI sekali gus membuktikan kesungguhan kerajaan Persekutuan terhadap kesejahteraan negeri itu.
Sehubungan itu, Ramanan menyatakan keyakinannya bahawa rakyat Sabah akan memilih yang terbaik demi masa depan yang lebih stabil, makmur dan terjamin.
Pada masa sama, beliau menegaskan hubungan kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri yang kini berada pada tahap paling baik perlulah dipertahankan melalui pilihan raya berkenaan.
Menurutnya, ini penting kerana hubungan yang mesra dan akrab membuka ruang lebih besar untuk memastikan kebajikan rakyat Sabah diberikan perhatian sewajarnya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#r ramanan
#fakta
#emosi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan