PRN Sabah: “Selesai isu air setahun? Astagfirullahaladzim" - Armizan

Armizan hadir Majlis Pelancaran Jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau di Dewan Terbuka di Papar pada Ahad - Foto/ Pasukan Ahli Parlimen Papar
PAPAR: Datuk Armizan Mohd Ali menyindir ‘keyakinan’ Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang berjanji menyelesaikan air, dalam tempoh satu tahun jika partinya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ringkasan AI
- Datuk Armizan menyindir janji Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyelesaikan isu air, elektrik dan jalan raya dalam masa setahun jika menang PRN, dengan mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dilaksanakan semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah pada 2018.
- Armizan memberi contoh projek Loji Rawatan Air Kogopin di Papar bernilai lebih RM200 juta yang hanya dilaksanakan di bawah kerajaan GRS, dan menyifatkan kenyataan Shafie sebagai cubaan mengambil kredit terhadap usaha yang sedang berjalan.
- Beliau turut mempersoalkan asas keyakinan Shafie menyelesaikan masalah infrastruktur kritikal dalam masa singkat, sedangkan isu tersebut merupakan legasi lama yang memerlukan perancangan dan pelaksanaan berterusan.
“Dalam satu tahun itu ada projek buat loji rawatan air atau tukar paip satu Sabah. Maka, selesai sudah masalah kita, sebab ini masalah legasi… isu sekian lama tetapi malangnya 2018 tidak dibuat pun,” katanya.
Beliau ditemui ketika Majlis Pelancaran Jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau di sini pada Ahad.
Mengambil contoh projek menaik taraf Loji Rawatan Air Kogopin di Papar bernilai lebih RM200 juta, Armizan berkata ia hanya dilaksanakan di bawah kerajaan pimpinan GRS dan kini sedang berjalan.
“Jadi saya fikir mungkin dia buat kajian sekarang projek itu sudah dua tahun... kalau bagi contoh Papar lah. Tinggal satu tahun lagi nak siap. Jadi dia potong di ‘corner’ dan (kononnya masalah) boleh selesai dalam setahun… ini memang betul (ambil kredit),” katanya.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Mohd Shafie memberi jaminan bahawa masalah bekalan air bersih di Sabah akan diselesaikan dalam tempoh setahun, sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Kerajaan Negeri.
Katanya, pengalaman mentadbir negeri dan pernah berada dalam Kerajaan Persekutuan memberi keyakinan bahawa masalah asas seperti air dan infrastruktur boleh ditangani dalam masa yang singkat melalui perancangan dan keutamaan yang betul.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami