awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Shafie ingatkan pemimpin sertai Warisan untuk berkhidmat bukan intai jawatan

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2025
07:28 MYT
PRN Sabah: Shafie ingatkan pemimpin sertai Warisan untuk berkhidmat bukan intai jawatan
Shafie berkata, Warisan tidak akan melayan sebarang tuntutan untuk menjadi calon mahupun jawatan. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Parti Warisan mencari ahli baharu termasuk pemimpin akar umbi yang boleh memperkukuh sokongan dan bukannya mereka yang hanya berminat untuk menjadi calon atau mendapat jawatan.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun mengakui terus menerima kemasukan ahli baharu tetapi parti itu tidak akan melayan sebarang tuntutan untuk menjadi calon mahupun jawatan.
Sambil menyifatkan niat yang tidak ikhlas dalam perjuangan akan merosakkan landskap politik Sabah, Shafie berkata, pengalaman lepas membuktikan ramai ahli politik mengejar jawatan dan habuan hingga mengakibatkan parti berpecah hingga akhirnya rakyat menjadi mangsa.
"Saya tidak mahu mempunyai calon yang menang pada akhirnya dia akan melompat atau menuntut jawatan... mahu menjadi menteri kewangan... mahu menjadi ketua Menteri.
"Sudah menang atau tidak menang lari... itulah yang berlaku sekarang kita nampak dengan mata kita (pengalaman). Kadang-kadang kita nampak bagaimana nak jadi calon, lepas calon hendak jadi menteri lepas menteri hendak dapat projek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong, pada Jumaat.
Shafie yang juga penyandang kerusi DUN Senallang berkata, Warisan meletakkan syarat ketat dalam pemilihan calon termasuk keupayaan untuk menang dan mempunyai pengalaman menyelesaikan isu rakyat di kawasan masing-masing.
Katanya, calon yang berwibawa bukan sahaja perlu memenangkan kerusi tetapi mampu menjadi wakil rakyat yang baik dalam menyelesaikan masalah rakyat.
"Kalau dia boleh menang lepas itu ada pengalaman jauh lebih baik kerana apa yang penting calon boleh menyelesaikan masalah rakyat di kawasan mereka seperti isu tanah," katanya.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Warisan
#pemimpin mahu jawatan
#PRN Sabah
#berkhidmat untuk rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan