awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Sanusi 'steady' salam penyokong BN

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/07/2023
04:23 MYT
PRN: Sanusi 'steady' salam penyokong BN
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat langkah berani dan 'gentleman' apabila bersalaman dengan barisan penyokong Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja selesai proses penamaan calon.
SIK: Personaliti popular sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) dari Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat langkah berani dan 'gentleman' apabila bersalaman dengan barisan penyokong Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja selesai proses penamaan calon.
Sebaik penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dari Perikatan Nasional (PN) bergerak menuju ke kem pihak lawan, beliau menerima sorakan tentangan daripada penyokong BN.
Hasrat Sanusi untuk bersalaman dengan seramai mungkin penyokong BN, bagaimanapun, tidak dapat diteruskan ekoran terdapat segelintir penyokong yang mula menunjukkan perasaan kurang senang.
Bagi mengelakkan keadaan bertambah tegang, polis turut mengawal keadaan Sanusi demi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak dingini berlaku.
Susulan itu, Muhammad Sanusi yang diringi polis menuju ke blok PN dan disambut dengan laungan takbir sebagai tanda sokongan terhadap beliau.
Terdahulu, Muhammad Sanusi sebaik tiba di pusat penamaan calon (turut mencuri tumpuan apabila sekali lagi membuat aksi lambaian tangan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada penyokong BN.
Topic Berkaitan
#PRN Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Sanusi salam penyokong BN
#DUN Jeneri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan