awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Gedong akan dibangunkan sebagai Bandar Satelit - Abang Johari

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/12/2021
04:45 MYT
PRN Sarawak: Gedong akan dibangunkan sebagai Bandar Satelit - Abang Johari
Abang Johari ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gedong sebagai Daerah. - Astro AWANI
GEDONG: Gedong yang dinaik taraf secara rasmi kepada daerah penuh akan dibangunkan sebagai Bandar Satelit di Bahagian Kota Samarahan.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Gedong juga akan memiliki struktur pentadbiran yang lebih tersusun dan terperinci.
Jelas beliau lagi, pembangunan di sekitar Gedong termasuk melalui pembinaan jalan pesisir akan merancakkan sosioekonomi penduduk di kawasan itu.
“Ini akan membolehkan kita mengatur pembangunan masa depan di mana berdirinya institusi pengajian tinggi (IPT).
“Kedua, dengan adanya jalan penghubungan yang merapatkan Gedong dengan Samarahan, dan terus ke Kuching, maka Gedong akan menjadi satu kawasan luar bandar iaitu pinggiran bandar yang sudah tentu meningkatkan (taraf) cara hidup masyarakat di Gedong.
“Gedong akan menjadi sebuah Bandar Satelit di Samarahan. Ini impian anak Gedong,” katanya di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Gedong sebagai Daerah, di sini pada Ahad.
Hadir sama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Naroden Majais dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.
Jelas Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu lagi, Gedong juga akan memiliki pendekatan pembangunan melalui projek-projek di kawasan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA).
Selain itu beliau menambah, pembangunan pertanian di Daerah Gedong akan turut diperkasakan melalui pembangunan secara tersusun itu.
Dalam masa yang sama, Abang Jobari berkata Majlis Daerah Gedong kemungkinan akan diwujudkan pada masa akan datang.
“Kawasan luar bandar akan kita ubah dan transform menjadi sebuah kawasan yang moden untuk pamerkan keindahan rakyat Sarawak,” ujarnya lagi.
Selain Gedong, empat kawasan baharu yang dinaiktaraf sebagai daerah ialah Siburan di bahagian Serian; Sebuyau (Kota Samarahan); Lingga dan Pantu (Bahagian Sri Aman).
Sementara itu, Balai Ringin dinaiktaraf sebagai daerah kecil.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Gedong
#Abang Johari Tun Openg
#bandar satelit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan