awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: GPS selesa mendahului kiraan awal

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/12/2021
10:13 MYT
PRN Sarawak: GPS selesa mendahului kiraan awal
Setakat 6 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS selesa mendahului sebahagian besar daripada keseluruhan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg tidak mempunyai masalah untuk terus mendominasi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) Ke-12.
Setakat 6 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS selesa mendahului sebahagian besar daripada keseluruhan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Biarpun ini merupakan pilihan raya negeri pertama bagi Abang Jo selaku Ketua Menteri, malah untuk GPS sendiri, rata-rata penganalisis politik berpendapat, asas yang distruktur sejak sekian lama memberi laluan mudah untuk mereka membentuk dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.
Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebelum ini turut melaporkan kemungkinan besar GPS akan muncul juara.
Namun, menurut agensi itu lagi, yang menjadi persoalan adalah berapa banyak daripada 82 kerusi DUN itu yang akan menjadi milik mereka nanti.
“Jawapannya terletak kepada persoalan sama ada pembangkang boleh merampas kerusi bagi menafikan majoriti dua pertiga GPS,” menurut artikel itu lagi.
Topic Berkaitan
#Sarawak Memilih
#Gabungan Parti Sarawak
#Abang Jo
#dua pertiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan