awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/07/2023
15:14 MYT
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Rina sebelum ini tewas di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar fail
PETALING JAYA: Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Ketua Srikandi Bersatu itu sebelum ini tersungkur di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dijangka berdepan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Danial Al Rashid Haron dan Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Sementara itu, PN turut mengambil langkah berani dengan menampilkan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT), Muhammad Fazil Mohd Dali atau lebih dikenali sebagai Ayahanda Cik Ton di DUN Pandan Indah.
Muka baharu yang turut dikemukakan ialah anak bekas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, Nurul Syaz­wani, yang akan bertanding di DUN Permatang.
Senarai 56 calon yang bertanding di DUN Selangor pada PRN ini diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Topic Berkaitan
#PRN Selangor
#Rina Harun
#Noh Omar
#calon PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan