KEPALA BATAS: UMNO tidak akan mengambil berat sekiranya parti itu kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata demikian bagi mengulas kedudukan parti itu jika gagal menang sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 108 kerusi yang dipertandingkan.
"Saya rasa UMNO akan buat tak tahu (jika kalah)... kalau UMNO 'bungkus'... kecuali Reezal (Datuk Seri Reezal Merican)... mereka akan buat tak tahu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir membantu kempen Reezal yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam di sini, pada Khamis.
Ditanya sama ada beliau akan membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH), Khairy berkata, kehadiran beliau hanya untuk membantu Reezal.
"Kalau di Bertam saya tahu ada yang enggan undi calon BN atas faktor tertentu tetapi ketepikanlah faktor itu dan bantu Reezal.
"Satu undi adalah untuk Reezal dan bukan untuk (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi," katanya lagi.
Tegasnya lagi, kunjungan beliau di Bertam adalah untuk membantu kempen calon BN itu atas dasar persahabatan.
Khairy berpendapat, Reezal merupakan calon yang sesuai untuk kerusi itu dan beliau akan mewarisi perjuangan Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah sejak tahun 70-an.
"Reezal adalah pewaris perjuangan Pak Lah jadi saya tak mahu perkara itu terputus (perjuangan).
"Walaupun PRU15 ada sedikit gangguan tapi saya harap PRN15 kali ini Reezal dapat teruskan perjuangan," ujarnya lagi.
Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan itu sebelum ini antara 'orang lama' di dalam UMNO yang dipecat daripada parti itu.
Tindakan terhadap bekas Ahli Parlimen Rembau itu berikutan pelanggaran disiplin di dalam parti mengikut Perlembagaan UMNO atas kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Hilmi Malik
Thu Aug 10 2023
Khairy hadir membantu kempen Reezal yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam di sini, pada Khamis. - Gambar/ Astro AWANI
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).