awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi benarkan Capital A kurangkan modal, usaha keluar daripada status PN17
'Bukan saya, saya baru ‘clock in’ selepas Kamar Khas' - Kah Woh
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN12: Tetapkan kerajaan yang terbaik memimpin Sarawak - Awang Tengah

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2020
11:50 MYT
PRN12: Tetapkan kerajaan yang terbaik memimpin Sarawak - Awang Tengah
Awang Tengah turut mengingatkan warga negeri itu untuk ambil pengajaran daripada pemerintahan kerajaan yang terdahulu. FOTO: Astro AWANI
Rakyat Sarawak digesa untuk memilih dan menetapkan kerajaan yang terbaik untuk memimpin negeri itu.
Demikian penekanan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN12) semakin hampir.
“Sekarang ini pilihan raya sudah dekat. Bila pilihan raya saya tidak tahu. Tapi tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) kita ini akan tamat pada tahun depan,” ujarnya.
Pada masa sama, Awang Tengah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak mengingatkan warga Bumi Kenyalang itu untuk ambil pengajaran daripada pemerintahan kerajaan yang terdahulu.
“Kita sudah rasa semasa pertukaran Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dahulu.
“Banyak yang mereka janjikan, malahan banyak projek-projek yang telah diluluskan tetapi tidak diberi peruntukkan, ada juga projek yang dibatalkan, jadi ini adalah satu pengajaran buat anda semua,” tambahnya.
Sementara itu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini dalam proses meneliti calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12).
Menurut Presiden SUPP, Profesor Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, calon yang dipilih mestilah seseorang yang aktif serta menepati kriteria ditetapkan sekali gus mampu menyumbang kepada kejayaan parti.
Selain itu ujarnya setiap persiapan itu bukan sekadar gimik untuk menghadapi pilihan raya semata-mata tetapi persediaan dilakukan sepanjang masa.
“Kita (SUPP) sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya dan untuk itu kita tidak kisah bila tarikh pelaksanaannya kerana bagi saya persediaan bukan hanya dilakukan apabila kita sudah hampir dengan pilihan raya,” katanya.
BACA: SPR sedia berdepan Pilihan Raya Negeri Sarawak
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah itu, keutamaan SUPP adalah untuk terus menyumbang semula kepada rakyat di negeri ini.
Antara lain cogan kata Sarawak First akan terus menjadi pegangan parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu.
“Apa yang penting adalah kita (SUPP) terus berkhidmat dengan cemerlang untuk warga Sarawak dan sentiasa mendahulukan kepentingan negeri ini.
“Ketika ini banyak yang sudah kita laksanakan demi kesejahteraan bersama dan kita ingin warga Bumi Kenyalang berbangga kerana kita berbeza dengan negeri-negeri yang lain,” tambahnya.
Untuk rekod, SUPP menang tujuh daripada 13 kerusi yang dipertandingkan menerusi PRN11 termasuk di Batu Kawah, Senadin, Piasau, Simanggang dan Batu Kitang.
Topic Berkaitan
#Batu Kawah
#Bukit Sari
#Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
#Dr Sim Kui Hian
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
#PBB
#PRN12
#Sarawak
#SUPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan