POLITICS
Proses pemilihan kepimpinan PKR lancar, terkawal - Fahmi

Fahmi berkata setakat ini tiada masalah dihadapi melibatkan kedua-dua kaedah pengundian iaitu secara fizikal dan dalam talian. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Proses pengundian bagi pemilihan kepimpinan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sesi 2025-2028 berjalan lancar dan terkawal setakat ini, kata Ketua Penerangan parti itu Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
- Proses pemilihan PKR berjalan lancar: Pemilihan kepimpinan baharu PKR sesi 2025-2028 berlangsung tanpa sebarang masalah, dengan pengundian dilakukan secara fizikal dan dalam talian serta pemantauan berterusan oleh pihak parti.
- Penyertaan tinggi dalam pengundian: Seramai 32,030 pengundi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak mengambil bahagian, dengan jumlah kehadiran tinggi di Kongres Wanita dan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) menunjukkan sokongan kuat terhadap pemilihan parti.
- Keputusan pemilihan: Keputusan tidak rasmi dijangka dimaklumkan kepada calon sekitar 9 malam, sementara keputusan rasmi akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pada 2.30 petang esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada.
"Laporan terkini (jumlah perwakilan telah mengundi) belum dapat, tetapi berdasarkan pantauan daripada Kongres Wanita dan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK), saya nampak ramai yang hadir (mengundi) dan ini petanda yang positif untuk parti," katanya.
Beliau ditemui pemberita ketika meninjau proses pemilihan merangkumi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang bermula 8 pagi tadi dan akan berakhir 5 petang ini di Pusat Konvensyen Danga Bay di sini.
Proses pemilihan membabitkan keseluruhan 32,030 pengundi secara fizikal dan dalam talian termasuk pengundi fizikal di Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) di Penampang serta Pusat Konvensyen Penview di Kuching.
Diminta mengulas mengenai keputusan pemilihan, beliau berkata keputusan tidak rasmi dijangka dimaklumkan terlebih dahulu kepada calon kira-kira 9 malam ini.
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata keputusan rasmi akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) kira-kira 2.30 petang esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami