awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses pengundian PRK Parlimen Permatang Pauh berlangsung

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
07/05/2015
03:10 MYT
Proses pengundian PRK Parlimen Permatang Pauh berlangsung
Sumber polis memaklumkan Astro Awani bahawa tiada jalan yang ditutup dan segalanya berjalan lancar setakat ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi pantau keadaan di pusat pengundian SK Seri Penanti setelah sedikit ketegangan dilaporkan berlaku di luar pusat mengundi PRK Permatang Pauh pagi ini.
Sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) dan penyokong PKR bertekak sesama sendiri semasa proses pembuangan undi berlangsung.
Kejadian berlaku di SK Seri Penanti pada kira-kira jam 9.45 pagi.
#PRKPermatangPauh: Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi pantau keadaan di pusat pengundian SK Seri Penanti pic.twitter.com/8ougfMHU2A
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 7, 2015
Sebelum itu proses pembuangan undi bermula jam 8.00 pagi ini dengan 25 buah pusat pembuangan undi dengan 130 saluran dibuka untuk mengundi dengan rata-ratanya berlangsung aman.
9:45am mesej provokasi diteruskan di bawah flyover berdekatan SK Seri Penanti #PRKPermatangPauh @501Awani pic.twitter.com/UyN5GknkgZ
— HilalAzmi (@HilalAzmi) May 7, 2015
Pihak @PDRMsia berkawal di depan SK Seri Penanti .. #PRKPermatangPauh @501Awani pic.twitter.com/3e0RXtIECM
— HilalAzmi (@HilalAzmi) May 7, 2015
Keadaan tegang di luar SK Seri Menanti di mana penyokong BN & penyokong PKR bertekak sesama sendiri @501Awani pic.twitter.com/vBHRrtfu69
— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) May 7, 2015
FOTO: PRK Parlimen Permatang Pauh
Di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin merupakan antara pengundi yang terawal keluar untuk membuang undi di situ.
Beliau membuang undi tepat pada pukul 8.10 pagi.
Antara pengundi pertama yang tiba di pusat mengundi di SMK Guar Perahu ialah calon BN Suhaimi Sabudin @501Awani pic.twitter.com/otReUEgqLR
— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) May 7, 2015
Suhaimi Sabudin
Suhaimi Sabudin
Calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin merupakan antara pengundi yang terawal. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Manakala calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengundi di SK Sri Penanti pukul 8.40 pagi.
Calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak (Bebas) tidak mengundi.
Sumber polis memaklumkan Astro Awani bahawa tiada jalan yang ditutup dan segalanya berjalan lancar setakat ini.
Permatang Pauh
Permatang Pauh
Seramai 71,890 pemilih layak menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh hari ini. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
Ia diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Pusat-pusat undian akan ditutup pada jam 5.00 petang dan keputusan akan diumumkan malam ini.
Kawasan Parlimen Permatang Pauh mempunyai 71,890 pengundi, dengan kira-kira 70 peratus pengundi Melayu.
Topic Berkaitan
#BN
#PAS
#Permatang Pauh
#PRK
#PRU
#Suhaimi Sabudin
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan