awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Ketua cawangan, bahagian MIC perlu sokong penuh calon BN

Bernama
Bernama
18/11/2017
14:58 MYT
PRU14: Ketua cawangan, bahagian MIC perlu sokong penuh calon BN
Vigneswaran berkata MIC kini sedang melakukan persiapan rapi dan telah mengenal pasti muka-muka baharu untuk dijadikan calon pada PRU akan datang, dan akan membawa perkara berkenaan kepada Pengerusi BN. - Gambar fail
MIC mahu semua ketua bahagian dan cawangan parti itu di Selangor menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) yang akan dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Naib Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata beliau mahu ketua bahagian parti berkenaan di Selangor akur dan menerima sepenuhnya calon yang diputuskan kepimpinan tertinggi BN.
"Saya tidak mahu nanti pelbagai isu sengaja ditimbulkan sehingga menggugat peluang calon untuk menang.
“Saya melihat BN Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Noh Omar berjaya mengembalikan sokongan rakyat terutama kaum India dan saya yakin BN akan kembali menjadi kerajaan di Selangor," katanya yang juga merupakan Yang Dipertua Dewan Negara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Yang Dipertua Dewan Negara Bersama Pemimpin-Pemimpin Masyarakat dan Sambutan Deepavali di sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 500 orang.
Vigneswaran berkata MIC kini sedang melakukan persiapan rapi dan telah mengenal pasti muka-muka baharu untuk dijadikan calon pada PRU akan datang, dan akan membawa perkara berkenaan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk diputuskan.
Sementara itu mengulas mengenai majlis berkenaan, Vigneswaran berkata kehadiran pemimpin tempatan dan orang ramai berbilang bangsa menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan harmoni.
"Saya menyeru rakyat agar kekal hormat-menghormati dan jangan mencetuskan isu perkauman," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#India
#kepimpinan
#MIC
#Noh Omar
#pilihan raya umum
#Pilihan Raya Umum ke-14
#PRU14
#S A Vigneswaran
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan