awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Adly mahu teruskan agenda jadikan Alor Gajah bandar satelit

Israr Khalid
Israr Khalid
10/11/2022
22:00 MYT
PRU15: Adly mahu teruskan agenda jadikan Alor Gajah bandar satelit
Adly menjadi Ketua Menteri Melaka dari 11 Mei 2019 hingga 9 Mac 2020. Adly (kiri) melambai tangan kepada pengamal media selepas selesai menyerahkan borang pencalonan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Calon PH P.135 Alor Gajah, Adly Zahari tekad mahu meneruskan perancangannya ketika menjadi Ketua Menteri Melaka dahulu yang tergendala untuk menjadikan Alor Gajah sebagai bandar satelit.
Jelasnya, ia melibatkan pembangunan dalam aspek pendidikan, perumahan dan industri untuk membentuk satu ekosistem masyarakat yang sejahtera dan lestari di kawasan yang dilihatnya sebagai berpotensi tinggi.
“Dahulu masa saya buat Biasiswa 2020 dalam bidang teknikal, saya sempat laburkan sebanyak RM1 juta sahaja walaupun sasarannya RM10 juta.
“Kedua, Alor Gajah adalah tempat di mana perumahannya antara yang terendah dalam negeri Melaka hari ini, jadi itu perlu kita teruskan dan segala perancangan harus ditambah baik supaya perumahan itu dinilai berdasarkan kemampuan memilikinya dan juga selesa untuk didiami.
“Ketiga, kalau kita sediakan pendidikan dan perumahan tapi tak ada pekerjaan, ia sukar untuk pembangunan-pembangunan seiring,” katanya.
Bercakap dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis, Adly memberitahu bahawa pentadbirannya dahulu sudah memuktamadkan perjanjian tanah dalam usaha menjadikan Alor Gajah sebagai pusat data terbesar di Asia Tenggara namun ia turut tergendala apabila kerajaan bertukar.
DI sampiing itu kata beliau, Alor Gajah boleh dibangunkan sebagai sebuah medan industri bukan sahaja dalam bidang teknologi malah pertanian juga pelancongan.
“Jadi kalau tiga aspek ini kita ambil kira, saya fikir Alor Gajah boleh menjadi hab ekonomi selatan dan juga penghubung antara Kuala Lumpur dengan Singapura, melihat kedudukannya yang berada di tengah-tengah dua kuasa ekonomi itu.
“Sebenarnya ia mempunyai potensi yang besar dan saya fikir boleh dimanfaatkan untuk kesejahteraan warga Alor Gajah itu sendiri,” katanya.
PRU15: Adly mahu teruskan agenda jadikan Alor Gajah bandar satelit
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#PRU15
#Alor Gajah
#Adly Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan