SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook hari ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban manakala Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin kekal di Parlimen Rasah bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Loke mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis pembukaan Bilik Gerakan Utama Parlimen Rasah di sini hari ini.
"(DAP) Negeri Sembilan selesai isu calon dan jentera awal-awal, persiapan kita dua minggu sebelum penamaan calon. Kita dah bersedia untuk tawan Parlimen Seremban dan Rasah... kita bukan sahaja nak menang Parlimen itu, tapi ada tanggungjawab bantu rakan pertahan Port Dickson, Tampin dan (merampas) Kuala Pilah," katanya.
Loke ialah penyandang kerusi Parlimen Seremban selama dua penggal dan pada PRU14 lepas, beliau menang dengan majoriti 30,694 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Chong Sin Woon dan calon Pas Shariffuddin Ahmad.
Cha pula menang dengan majoriti 46,867 undi mengalahkan calon BN Ng Kian Nam, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa (Pas) dan David Dass (Parti Alternatif Rakyat Malaysia) pada PRU14.
Mengulas pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon kerusi Parlimen Port Dickson semalam, Loke berpandangan ia satu keputusan tepat selain calon paling sesuai menggantikan Anwar.
Khamis lepas, Anwar mengesahkan akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook hari ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban. - Gambar fail/BERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara
Ia merangkumi semua sektor pengangkutan darat, maritim dan udara meskipun negara berdepan pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa.
Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.
Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke
Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia.
PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke
Kementerian Pengangkutan meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena PRK di Johor.
Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke
DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti penjelasan itu perlu dilakukan.
Nahas Elmina: CVR mungkin dihantar ke Florida untuk tujuan analisa - Anthony Loke
Keputusan itu sedang dipertimbangkan selepas makmal analisa di Singapura dilaporkan gagal untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir.