JOHOR BAHRU: Tindakan seorang lelaki membakar bendera parti politik di Taman Universiti, Skudai, di sini membawa padah apabila dia ditahan polis tengah malam Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah, berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan jam 12.10 tengah malam.

"Siasatan polis mendapati saspek adalah seorang pemandu e-hailing dan telah berkahwin.

"Tindakan lelaki itu membakar kain bendera sebuah parti politik yang dipacak di tepi jalan adalah bermotifkan peribadi dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain.

"Polis telah merakam keterangan daripada saksi-saksi di lokasi kejadian bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 Nov - MB Selangor

SEMAK CALON PRU15 DI SINI!


Menurut beliau, Mahkamah Majestret Johor Bahru telah membenarkan permohonan reman ke atas suspek selama tiga hari sehingga 11 November depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun beserta denda, jika disabit kesalahan.