awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Beri peluang PN perintah satu penggal - Hadi Awang

Bernama
Bernama
10/11/2022
13:26 MYT
PRU15: Beri peluang PN perintah satu penggal - Hadi Awang
Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata PN perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu bagi Malaysia kerana rekod prestasi gabungan parti itu bersih daripada sebarang salah laku. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beri peluang Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia selama satu penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk dinilai, kata Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata PN perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu bagi Malaysia kerana rekod prestasi gabungan parti itu bersih daripada sebarang salah laku.
Beliau turut memberi contoh sepanjang Pas mentadbir kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah, negeri itu terbukti bebas daripada sebarang salah laku termasuk kes rasuah.
"Beri peluang kepada kami (Perikatan Nasional) satu penggal untuk mentadbir dan memerintah negara. Lihat apa kami buat dahulu dan kalau tidak betul, tolaklah kami dalam PRU16.
"Bukan payah (susah) sangat. Kami tiada rekod menipu rakyat," katanya pada majlis santai petang bersama calon PN Parlimen Titiwangsa Dr Rosni Adam di Desa Pandan di sini hari ini.
Pada PRU15, Parlimen Titiwangsa mempunyai seramai 80,747 pengundi berdaftar yang layak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#PRU15
#Abdul Hadi Awang
#Presiden Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan