awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: "Bertanding Bebas di Bentong atau lucut keahlian" - Kata dua DAP kepada Wong Tack

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
27/10/2022
12:57 MYT
PRU15: "Bertanding Bebas di Bentong atau lucut keahlian" - Kata dua DAP kepada Wong Tack
DAP memberi kata dua kepada penyandang kerusi Parlimen Bentong, Wong Tack sama ada meneruskan hasratnya untuk mempertahankan kerusi itu atas tiket Bebas pada PRU15 atau dilucutkan keahlian, kata Anthony Loke. - Gambar fail BERNAMA
BANDARAYA MELAKA: DAP memberi kata dua kepada penyandang kerusi Parlimen Bentong, Wong Tack sama ada meneruskan hasratnya untuk mempertahankan kerusi itu atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau dilucutkan keahlian.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu jelas termaktub dalam dasar parti berkenaan dan proses pujukan termasuk cadangan untuk menempatkan beliau di kerusi Parlimen Cameron Highlands juga tidak akan diteruskan.
“Itu memang satu perkara dasar kita (iaitu) mana-mana ahli parti yang bertanding atas tiket Bebas akan dilucutkan keanggotaannya serta-merta tanpa perlu menunggu surat rasmi dikeluarkan.
“Sekarang ini dia hanya nyatakan dan belum berlaku lagi, saya harap beliau tidak akan melakukannya (kerana) kalau pada hari penamaan calon beliau letak sahaja (borang) sebagai calon Bebas maka keahliannya dalam DAP akan terlucut,” katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kota Melaka di Kota Laksamana, di sini, hari ini.
Pada program itu, penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong turut diumumkan mengekalkan kerusi itu susulan rekod pencapaiannya selama satu penggal sebagai wakil rakyat di kubu kuat DAP itu.
Mengulas lanjut, Anthony yang juga penyandang kerusi Parlimen Seremban berkata, Wong Tack telah menolak tawaran yang dibuat parti sebelum ini dan keputusannya secara terbuka mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas tidak akan mengubah apa-apa keputusan.
Bagaimanapun, beliau berharap figura politik itu akan mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat serta tidak bertindak mengikut emosi dan kekal bersama gabungan PH.
“Tidak ada pujukan lagi kerana itu keputusan yang saya sudah tawarkan di Cameron Highlands dan sebelum saya buat pengumuman dia sudah tolak, sekarang ini kita cuma harap dia tak bertanding Bebas sahaja.
“(Kalau) tidak bertanding Bebas dia akan kekal sebagai ahli DAP. Tetapi saya nak maklumkan pendirian kita apabila kita sudah buat satu keputusan, saya tidak akan mengubah keputusan tersebut,” tegas Anthony lagi.
Wong Tack sebelum ini mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di kawasan Bentong selepas digugurkan sebagai calon PRU15 oleh pucuk pimpinan DAP.
Parti itu sebaliknya mencalonkan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman atau Rara yang disifatkan antara calon berpotensi menang untuk kerusi berkenaan.
Menurut Wong Tack, keputusan bertanding secara Bebas dibuat atas tuntutan tanggungjawab terhadap rakyat.
Topic Berkaitan
#PRU15
#DAP
#Wong Tack
#Parlimen Bentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan