KIMANIS: Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai formula tersendiri yang dipersetujui kedua-dua gabungan parti itu, untuk mengelakkan sebarang pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November ini.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata formula itu hanya akan diumumkan sendiri oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau turut memberi jaminan, tidak akan berlaku pertembungan kerusi Parlimen antara kedua-dua parti pada pilihan raya berkenaan.
"Di mana BN bertanding, GRS tidak akan bertanding. Kita ada formula dipersetujui dan telah dicapai tetapi ia akan diumumkan sendiri oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Hajiji Noor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Gelombang Biru BN Zon 3 Sabah melibatkan Kimanis, Papar, Beaufort, Sipitang di sini, hari ini.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden UMNO; Naib Pengerusi BN Datuk Arthur Kurup yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
BACA: Perkukuh solidariti BN-GRS untuk pastikan kemenangan dalam PRU15 - Ismail Sabri
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Hadir sama Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi BN Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid juga berkata pengumuman calon BN dan GRS akan dibuat oleh Bung Moktar serta Hajiji, dalam masa terdekat.
Ditanya apakah senarai calon BN Sabah sudah dimuktamadkan, Ahmad Zahid berkata, beliau akan mengesahkan senarai calon bertanding pada PRU15 selepas mengadakan pertemuan rasmi dengan kepimpinan BN negeri dan GRS.
Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya mengingatkan jentera BN dan GRS supaya tidak mensabotaj calon daripada kedua-dua gabungan parti, ketika berkempen pada PRU15.
"GRS jangan sabotaj calon BN, BN jangan sabotaj calon GRS. Kita bekerja sebagai adik beradik untuk mengekalkan kestabilan di Sabah," katanya.
Ahmad Zahid berkata solidariti antara BN-GRS menjadi elemen penting bagi meraih kemenangan pada PRU15, selain beliau juga berharap jalinan kerjasama gabungan parti itu, akan membawa kestabilan dan kemakmuran untuk Sabah serta rakyatnya pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2022
Ismail Sabri melancarkan Projek Naiktaraf Jalanraya Bukit Manggis dan Pembinaan Masjid Kedua Pekan Bongawan sempena program Gelombang Biru Barisan Nasional (BN) Zon 3 di Kimanis Commercial Center hari ini. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keadaan PM Fico 'kritikal' - Parti Smer
Keadaan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico 'kritikal' selepas cubaan membunuhnya, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH.
PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi
Perkara itu wajar dilakukan berikutan keputusan Kerajaan Kedah yang tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian.
PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim
Jentera Pas sudah lama bersiap siaga setelah kerusi DUN Tioman diberikan kepada calon Pas sebelum ini.
Pasca PRU15: Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik - Herizal Hazri
Malaysia mempunyai ramai bakat berkaliber di luar pentas politik yang boleh dipanggil untuk bersama membantu pentadbiran negara.
Pasca PRU15: Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa - Herizal Hazri
Sekejap atau lama hayatnya pada sesuatu jawatan itu, kerja yang terbaik harus disampaikan setiap masa.
Cukup-cukuplah main sentimen, bersatulah demi negara - Anis Yusal
Hasutan berbaur isu kaum dan agama hanya akan terus merencatkan langkah negara menuju kemajuan.
Kita sudah mula beranjak ke politik pendamaian - Penganalisis
Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua, seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.
Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.00 petang, di sini hari
PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai
Proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.