awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15 bukan pilihan terbaik - Agong

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2021
07:08 MYT
PRU15 bukan pilihan terbaik - Agong
Pelaksanaan PRU15 bukan jalan terbaik kerana faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan satu pilihan terbaik dalam menyelesaikan kemelut politik negara ketika ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pelaksanaan PRU15 bukan jalan terbaik kerana faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat negara ini.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Isnin, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sehingga 10 Ogos 2021, daripada sejumlah 613 kawasan Dewan Undangan Negeri, sebanyak 484 kawasan (79 peratus) adalah zon merah COVID-19.
Sumber Facebook IstanaNegaraOfficial
"Pada masa yang sama, Seri Paduka Baginda turut mengambil maklum bahawa fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan," kata kenyataan itu.
Tambah Ahmad Fadil, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar kemelut politik yang berlarutan tapa kesudahan yang telah mengganggu kelancaran tadbir urus negara ini dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam pandemik COVID-19.
"Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menyeru seluruh rakyat agar bertenang dan bersama Baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera," katanya.
Topic Berkaitan
#Pilihan Raya Umum ke-15
#PRU15
#Yang di-Pertuan Agong
#Agong
#Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin
#Pandemik COVID-19
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan