awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bukan Warisan, ADUN Bandau umum sertai KDM, bertanding di Parlimen Kota Marudu

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
21/10/2022
14:39 MYT
PRU15: Bukan Warisan, ADUN Bandau umum sertai KDM, bertanding di Parlimen Kota Marudu
Wetrom (kiri) yang berada di sebelah Peter turut mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Marudu dengan menggunakan tiket KDM pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar/ Astro AWANI
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda hari ini mengesahkan menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) selepas mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabtu lalu.
Pada masa yang sama, beliau juga mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Marudu dengan menggunakan tiket KDM pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Saya secara sah telah keluar daripada parti Bersatu. Saya mengumumkan akan bertanding di Parlimen Kota Marudu kerana melihat keadaan di Kota Marudu serta aspirasi rakyatnya sendiri.
"Pada awalnya memang saya telah memilih (Bersatu) namun, bila kita berbincang di peringkat akar umbi dan juga rakyat di Kota Marudu dan saya mendengar hasrat mereka.
"Sebab itu pada akhirnya saya telah memilih untuk bersama-sama dalam KDM serta berjuang bersama KDM untuk rakyat di Kota Marudu," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Solidariti KDM di Dewan Hakka, Likas pada malam Jumaat.
Wetrom yang hadir mengiringi Presiden KDM, Datuk Peter Anthony dalam majlis itu turut dirujuk sebagai timbalan presiden parti itu oleh pengacara majlis.
Pada masa yang sama, Peter turut berkata bahawa beliau yakin penyertaan Wetrom dalam parti itu disebabkan perjuangan dan matlamatnya sama seperti KDM.
Media sebelum ini melaporkan, Wetrom keluar daripada Bersatu dan berhasrat untuk menyertai Parti Warisan Sabtu lalu.
Perkara itu turut disahkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, namun memaklumkan bahawa permohonan Wetrom akan dipertimbangkan tetapi tanpa sebarang tawaran jawatan.
Topic Berkaitan
#PRU15
#ADUN Bandau
#Wetrom Bahanda
#KDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan